MAKLUMAN

1. Adalah dimaklumkan bahawa portal blog 'Jerantut Daily' ini masih lagi dalam pembinaan. Segala kekurangan dan kesulitan sangat dikesalkan. Sebarang cadangan dan teguran boleh dibuat sama ada diruang 'komen' yang disediakan atau ke email.

2. Sebarang sumbangan artikel, info dan berita boleh dibuat dengan menghantar ke alamat email yang tertera.

3. 'Jerantut Daily' juga akan menyediakan ruangan iklan dengan bayaran bulanan yang berpatutan. Sila hubungi email kami jika berminat sambil memberikan sumbangan.

Terima Kasih ~ Admin.

Sunday 30 September 2012

BAJET KOSONG ANU ARR




Oleh: Beruang Biru

BELANJAWAN pakatan pembangkang yang digelar Bajet Alternatif sudah diumumkan lebih awal daripada Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
 
Skrip serupa digunakan tahun lalu dan dijangka disambung dengan dialog menuduh bajet kerajaan meniru bajet pembangkang yang lebih banyak menjanjikan 'gula-gula' daripada mengumpul 'gula' itu sendiri.
 
Mengimbas kembali, apa yang dijanjikan untuk 2013 seperti bantuan RM1,000 setahun kepada warga emas, bantuan kebajikan RM550 sebulan, gaji minimum RM1,100, elaun pendidik sebanyak RM500 dan banyak lagi sebenarnya salinan fotostat daripada bajet bayangan 2012 juga.
 
Mungkin dapat dilupakan seketika apa yang dibentangkan itu dengan poket kosong, umpama orang yang cuma window shopping, mereka tetap menabur janji-janji baru melalui bajet bayangan 2013 tanpa segan silu, sedangkan janji dan manifesto sebelum pilihan raya umum (PRU) 2008 masih banyak belum ditunaikan.
 
Lebih menarik, individu yang mengumumkan bajet bayangan untuk lebih 28 juta rakyat itu juga adalah Penasihat Ekonomi Selangor tetapi bajet yang setanding tidak pula dibentang dan dilaksanakan terlebih dahulu untuk lima juta rakyat negeri tersebut selepas lebih empat tahun memerintah.
 
Dengan bajet poket kosong 2013, mereka janji dan terus berjanji untuk membina jalan raya di Sabah sedangkan di negeri sendiri masih menunggu, mahu turunkan cukai kenderaan 20 peratus tetapi cukai pintu masih tergantung, serta pendidikan percuma dan hapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sesuatu yang masih dinanti-nantikan pelajar negeri yang diperintah pakatan pembangkang.
 
Bagaimana pula janji-janji mereka di Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang mahupun Perak ketika mereka memegang kuasa dahulu? Mungkin kerana itu tema Hari Merdeka tahun ini begitu sensitif kepada sesetengah pihak.
 
Bantuan bagi pendidikan prasekolah, anak yang dihantar ke nurseri, menurunkan cukai pintu dan cukai premis perniagaan serta elaun ibu tunggal juga masih dinanti-nantikan. 

Tidak cukup dengan itu, janji-janji 'berat' juga semakin bertambah seperti penurunan harga kereta, pemansuhan tol dan pemansuhan pinjaman PTPTN sedia ada, kononnya semua itu mampu ditampung kerajaan pembangkang, cukup dengan menghapuskan rasuah dan mengawal ketirisan sahaja. 

Ini belum mengambil kira rancangan 'kurang cerdik' seperti mengurangkan bilangan kakitangan awam, terowong dasar laut Pulau Pinang, menurunkan harga minyak dalam 24 jam selepas menang PRU, meroboh tembok penjara jika pemimpin mereka dipenjarakan mahupun ada yang mengangkat komunis sebagai hero, menukar Jalur Gemilang dan sebagainya.
 
Yang nyata, setiap bajet bayangan yang menjanjikan bulan, bintang dan roket itu gagal mendedahkan sumber kewangan yang jelas mahupun kaedah menjana pendapatan serta menarik pelaburan bagi menjamin semua yang dikatakan mampu dipenuhi.
 
Bagi rakyat biasa tentu sekali apa yang digula-gulakan itu sangat menarik, untuk lima saat, tetapi akal yang waras dan rasional tentu melihat banyak lompang dalam perancangan yang tidak berdiri atas realiti dan kemampuan sebenar pembangkang menunaikan janji mahupun kemampuan negara ini menampung bajet boros mereka itu kelak.
 
Bagi Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Mohamad Noorizzuddin Nooh, apa yang cuba dilakukan pembangkang sukar difahami kerana ia umpama bajet bunuh diri.
 
"Tidak masuk akal, itu yang mampu saya katakan. Selama ini saya bayangkan pembangkang di negara kita lebih bijak.
 
"Mereka seperti tidak berfikir, tiada rancangan sokongan dan tidak gantikan hasil yang hilang. Asas akaun pun tidak lulus kalau tidak boleh imbang antara tolak dan tambah," tegasnya.
 
Menurut beliau, bajet pembangkang itu juga tidak menceritakan bagaimana untuk menggantikan hasil hilang yang digunakan untuk menampung semua rancangan mereka menghapuskan kos perbelanjaan tertentu.
 
Walaupun bajet bayangan pembangkang itu dikatakan ada pelan mencari hasil, beliau tetap merasakan ia tidak mampu menampung apa yang cuba dilakukan mengikut moto Negara Berkebajikan mereka.
 
"Mereka nampaknya mengambil contoh elemen tertentu dari beberapa negara maju lain yang mempunyai sistem kebajikan sosial tetapi negara terbabit juga hanya mengamalkan sesetengah aspek yang disebutkan bajet pembangkang itu.
 
"Tiada satu kerajaan pun mampu melaksanakan kesemua elemen yang pembangkang sebut dalam bajet itu secara serentak seperti menghapuskan tol, pendidikan percuma dan sebagainya, jika tidak negara itu boleh lumpuh," jelasnya.
 
Katanya lagi, bajet bayangan sepatutnya sesuatu yang realistik dan boleh dilaksanakan secara serentak dalam tempoh satu ke dua tahun dan bukannya yang tidak masuk akal mahupun diganti dengan alasan tunaikan satu demi satu dahulu selepas mendapati janji itu sukar ditunaikan.
 
Profesor Ekonomi, Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Datuk Amir Baharuddin pula berpendapat, bajet yang dibentang pembangkang itu umpama ditambah secara main-main sedangkan bajet bayangan terdahulu sudah banyak kepincangannya.
 
"Bajet eutopia ini macam main-main ditambah. Asas pun tak ada, hendak dapatkan pertumbuhan yang tinggi pula. Janji yang bukan-bukan, budak tingkatan enam pun boleh hasilkan bajet sebegini!
 
"Kalau nak lebih mudah, ambil bajet tahun lepas dan tukar nombor-nombor sahaja. Ini bukan caranya. Untuk hasilkan bajet perlu sekurang-kurangnya sembilan bulan kerja, berbincang dengan ramai pihak sebelum kumpul semuanya dalam satu belanjawan," tegasnya.
 
Beliau turut menempelak janji kononnya dengan menghapus atau mengurangkan cukai mereka masih boleh menguruskan sebuah kerajaan kerana ia jelas menipu rakyat dan itu belum melibatkan pembayaran hutang negara.
 
Tambahnya, untuk susutkan hutang negara juga mengambil masa bertahun-tahun dan bukannya dalam satu belanjawan sahaja, jika tidak bajet kerajaan untuk tahun itu hanya untuk membayar pinjaman semata-mata.
 
Beliau memaklumkan pertumbuhan 4.5 peratus juga kini sukar dicapai melihatkan situasi global tetapi sasaran bajet pembangkang umpama satu usaha simplistik untuk mengelirukan rakyat.
 
"Dia (pembangkang) boleh janji apa saja tapi pelaksanaannya tentu 'sakit'. Perubahan kekal di bawah kuasa Perlembagaan dan Parlimen, mereka tidak boleh buat apa pun yang dibentangkan selagi tidak memegang kuasa.
 
"Mereka perlu ubah Perlembagaan untuk buat semua yang dijanjikan itu dan ini akan memerlukan sokongan majoriti dua pertiga. Jika tidak, mereka terpaksa akur juga kepada sistem sedia ada," jelasnya.
 
Beliau juga kesal dengan taktik pembangkang sekali lagi membentang satu bajet dengan poket kosong seperti tahun lepas, lebih-lebih lagi diumumkan lebih awal daripada bajet kerajaan.
 
Tambahnya, tindakan itu umpama satu bentuk hasutan yang mengganggu perjalanan proses kerajaan dipilih majoriti rakyat dan menyusahkan kerja Perdana Menteri.
 
Amir menegaskan, pembangkang sepatutnya menyokong apa yang ada kini dan ubah apa yang mereka mahu jika sudah berkuasa, agar apa yang mereka lakukan itu tidak dibalas setimpal kelak.
 
"Kalau dia perintah dan orang buat begitu, dia suka? Ini cara kebudak-budakan berjanji itu dan ini. Rakyat bukan sahaja kena fikirkan kenapa mereka bentang bajet bayangan malahan kenapa melangkaui pembentangan Perdana Menteri.
 
"Kalau agendanya baik dan betul, mereka tak bentang sekarang, patut tak bentang langsung sebaliknya akan bantu stabilkan negara," ujarnya.
 
Menurut beliau, secara individu memang pembangkang banyak duit tapi untuk perbelanjaan negara tentu mereka akan menggunakan hasil daripada cukai dan memerah keringat rakyat.
 
Tambahnya, jika pembangkang pamkan duit sendiri ke dalam tabung negara mahupun meminjam dengan orang kaya seperti George Soros sekalipun belum tentu ia akan mencukupi.
 
"Orang kaya seperti Soros pun tiada cita-cita nak biayai negara lain. Mungkin derma main-main beberapa juta sana sini tetapi payah untuk orang sepertinya beri pinjaman berbilion ringgit kepada negara seperti Malaysia.
 
"Oleh itu, rakyat perlulah berwaspada dengan perkembangan ini kerana orang yang cetak wang palsu pun sudah ramai, yang janji palsu lagi banyak," tegasnya.
[ ... ]

Thursday 27 September 2012

PM AKAN SERAHKAN KUASA KEPADA ANWAR...



JerantutTV atas ihsan MalaysiaKini menyiarkan klip video youtube ucapan Anwar Ibrahim yang menjanjikan perubahan kerajaan dan kononnya sedang merancang perubahan kuasa....




[ ... ]

Wednesday 26 September 2012

PENCACAI PEMBANGKANG SEMAKIN MEROYAN




Jika kita mengikuti media sosial lebih dekat, tentu kita akan dapat merasakan bahang PRU yang semakin hampir. Segalanya dirasakan semakin panas. Lihat saja dibahagian komen dilaman-laman blog, facebook atau ditwitter. Semacam ada asakan kepada pihak pembangkang untuk memberikan persepsi negatif kepada kerajaan serta pemimpinnya.

Segala yang kerajaan dan pemimpin lakukan dibantah dan ditohmahkan namun dalam masa sama mereka tidak pernahpun memberikan apa-apa cadangan yang membina. Mereka hanyalah pembangkang yang hanya tau membangkang dan tidak mampu melakukan apa-apa lebih dari itu. Apakah pemimpin dan kerajaan yang seperti ini yang kita harapkan dapat mengubah nasib hidup kita dan anak-cucu kita dimasa akan datang?

Kita juga harus mengakui hakikat bahawa sibertropper pembangkang sudah menguasai media sosial sejak lama dulu. Kebanyakan dari mereka dibayar dengan upah yang lumayan, justeru itu tidak hairanlah jika Chegu Bard umpamanya, serta MiloSuam, Yop Tualang Sekah dan banyak lagi akan berlumba-lumba menulis kerana setiap tulisan mereka sama ada diblog, facebook dan twitter akan dibayar.

 Apa yang sebenarnya berlaku adalah mewujudkan spekulasi bagi memberi gambaran bahawa pembangkang mempunyai ramai penyokong serta suara mereka adalah suara ramai sedangkan hakikatnya hanya beberapa orang sahaja yang melakukan itu semua. Akhir-akhir ini pemimpin dari kerajaan diserang dengan bersungguh-sungguh oleh sibertropper pembangkang kerana menyedari PRU semakin hampir. Pengundi diingatkan agar jangan tertipu.
[ ... ]

Monday 24 September 2012

POLITIK NEGARA YANG CELARU, PEMILIH MESTI HATI-HATI



Gambar Hiasan


Kuasa besar menguasai dunia dalam segalanya. Ekonomi negara-negara kecil juga terpaksa berkembang mengikut acuannya. Tabung IMF yang diujudkan Bank Dunia untuk membantu negara miskin dan dunia ketiga tidak lebih dari perangkap untuk menundukkan negara-negara berkenaan dan mematuhi segala keinginan negara besar.

Atas nama demokrasi, sekatan ekonomi atas alasan politik juga berpilih-pilih. Atas nama kebebasan bersuara juga negara kecil sentiasa ditekan jika cuba menentang kehendak negara besar. Negara-negara Islam tidak terkecuali dari terpaksa tunduk kepada negara-negara berpengaruh terutama Amerika dan sekutunya serta Israel.

Kita juga jangan menganggap bahawa negara kita tidak cuba dipengaruhi oleh negara barat yang ingin menguasai dan menentukan halatuju seperti yang mereka inginkan. Kerana itu tidak mustahil adanya dana-dana asing yang datang mencurah-curah bagi menukar regim memerintah dan menaikkan pemimpin yang sedia tunduk kepada kehendaknya.

Kejatuhan Mesir dalam kebangkitan Arab Spring adalah usaha terancang yang ada kena mengena dengan kuasa besar untuk melemahkan negara-negara Islam. Mereka, terutamanya Amerika dengan panduan Israel sentiasa menentukan politik dan ekonomi dunia mengikut acuan dan kehendak mereka.

Dalam kes Osama Laden dan Saddam Hussein, mereka adalah hasil usaha Amerika. Mereka diangkat oleh Amerika dan dilatih oleh CIA bagi membantu Amerika dalam perang dinginnya dengan Soviet suatu ketika dahulu. Namun apabila mereka sudah tidak diperlukan lagi, mereka dimusnahkan dengan begitu sahaja, dengan cara yang sangat hina atas alasan demokrasi.

Justeru kita di Malaysia ini, harus lebih berhati-hati kerana tidak mustahil adanya pemimpin yang menjadi dalang kepada kuasa besar dan sanggup mengadai negara demia untuk berkuasa. Ada pemimpin itu cita-citanya hanyalah untuk menjadi Perdana Menteri, dengan sebarang cara sekalipun tanpa mengira akibatnya nanti.




[ ... ]

Friday 21 September 2012

JAMUAN RAYA PERGERAKAN WANITA UMNO BAHAGIAN JERANTUT


Ketua Wanita Bahagian bersama Ketua UMNO Bahagian YBM Tan Sri  Tengku Azlan 



Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Jerantut akan mengadakan majlis Jamuan Hari Raya sepertimana kenyataan dibawah ini:

Masa : 22hb September 2012 (Sabtu )
Jam : 2 pm hingga 5 pm
Lokasi : Dataran Majlis Daerah Jerantet


Semua lapisan masyarakat adalah dijemput hadir bagi memeriahkannya. Demikian dimaklumkan oleh Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Jerantut Pn. Norhelan bte Mahmud.  Sebelum ini, beliau juga disebut-sebut sebagai calon DUN Pulau Tawar dalam PRU akan datang.
[ ... ]

PERKEMBANGAN MEDIA SOSIAL JERANTUT




Media Sosial semakin mendapat perhatian dari warga Jerantut. Justeru itu kita dapat laman-laman sosial seperti blog dan facebook semakin rancak dan berkembang pesat. Walaupun twitter masih belum mencapai puncak pengunaannya oleh warga Jerantut, namun sudah ada sebahagian kecil yang aktif terutama mereka-mereka yang berada diluar daerah.

Kerana itu jugalah pihak Jerantut Daily merasakan sudah sampai masanya untuk mengaktifkan semula laman blog Jerantut Daily ini bagi menyempaikan berita-berita yang benar dan nyata disamping menangkis segala tohmahan dan fitnah dari pihak pembangkang.

Walaupun kita sedar bahawa sokongan terhadap kerajaan amsih kuat dan berada diperingkat tertinggi, namun sikap penyokong kerajaan yang mendiamkan diri sangat dikesalkan. Kita percaya bahawa kita juga harus menunjukkan sokongan dan menyatakannya melalui laman media sosial supaya rakyat mendapat gambaran sebenar.

Apa yang berlaku dewasa ini adalah hanya segelintir dari kalangan sibertropper pembangkang yang berbayar melakukan kerja-kerja dimedia sosial bagi menunjukkan seolah-olah golongan mereka itu ramai dan mendapat sokongan rakyat.

Segala-galanya hanyalah persepsi yang ditanamkan oleh pembangkang untuk menunjukkan kerajaan lemah dari segi sokongan dan sentiasa bersalah dalam segala tindakan. Sedangkan pihak mereka tidak melakukan satu apa pun yang dapat memberi kebaikan kepada rakyat.

Kerana itulah, Jerantut Daily dengan penuh keyakinan berhasrat untuk memberikan ledakkan terhadap media sosial di daerah Jerantut, biarpun tanpa ada bantuan dan dana dari mana-mana pihak sekalipun. Selain dari ingin turut kembali aktif dilaman blog, Jerantut Daily juga akan aktif di Facebook dan Twitter. Manakala dalam waktu terdekat akan ujudkan 'Jerantut DailyTV'.

[ ... ]

Tuesday 8 May 2012

BERTUAHNYA JADI PENEROKA ........

Tanah ladang, tapak rumah, rumah dan tanah dusun mereka dapat. Elaun itu bayaran ini, bonus raya mereka dapat.Kini 'Durian Runtuh' pula. Alangkah untungnya peneroka. Kalau seekar tanah harganya RM30,000 maka 10 ekar tanah membawa nilai RM300,000. 

Kenapa masih ada yang tak bersyukur lagi..........???

Antara peneroka yang hadir

Sebentar tadi berlangsungnya pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri yang menjaga Felda melibat durian runtuh FELDA 2012. Pengumuman diadakan di Jengka 8, Pahang yang dibawakan secara langsung oleh RTM. Kali ini gelombang durian runtuh akan menimpa peneroka FELDA pula…..

Butir-butir Pengumuman Durian Runtuh FELDA 2012 Kepada Peneroka

Imbuhan Utama kepada Peneroka Felda :

Jumlah dana pemberian durian runtuh FELDA adalah sebanyak RM1.689 billion, untuk diagihkan kepada semua setiap 112,635 peneroka FELDA :

  1. Fasa Pertama 1 = RM5,000 untuk suami, ketua keluarga
  2. Fasa Kedua  2 = RM5,000 untuk isteri peneroka. Kalau ada 4 isteri? Bahagikan RM5,000 sama rata
  3. Fasa Ketiga 3 = RM5,000 untuk anak-anak generasi kedua (Maksudnya di sini, jikalau ada seramai 5 adik-beradik kesemuanya bahagikan RM5,000 seadilnya)

Lain-lain Imbuhan Untuk Peneroka Felda :
  • Peneroka Felda akan menikmati kemudahan pinjaman rumah tanpa faedah 
  • Tanah yang diteroka juga akan menjadi hak milik mereka sendiri 
  • 20% saham Felda Global Venture (FGV) akan diperuntukkan kepada Tabung Amanah bagi peneroksa FELDA dan setiap keuntungan dividen akan disalur secara terus pada peneroka. 
  • Berdasarkan perkiraan awal, jika penyenaraian FGV di Bursa Malaysia menguntungkan seperti yang dijangkakan, besar kemungkinan peneroka akan menerima lagi imbuhan sebanyak RM1350 (jumlah minimum) 
  • Setiap peneroka layak menerima saham Felda Flobal Ventures FGV 
  • Petugas-petugas dan pegawai-pegawai FELDA dapat bonus khas 2 bulan setengah gaji

Kerajaan bercadang menyenaraikan FGVH sebelum pertengahan tahun 2012 ini.

C.Ameen
[ ... ]

Tuesday 6 March 2012

KONVENSYEN EKONOMI NEGERI PAHANG 2012


Perasmian konvenysen oleh YAB DSD MB Pahang


Konvensyen Ekonomi Negeri Pahang 2012 telah dilangsungkan di Kuantan bermula 29hb Februari hingga 1hb Mac 2012 bertempat di Hotel Zenith, Kuantan. Konvensyen berkenaan disertai lebih dari 2000 peserta yang turut melibatkan wakil-wakil rakyat, penjawat awam kerajaan dan kerajaan tempatan, pelajar IPTA / IPTS serta mereka yang terlibat secara langsung sebagai pemain utama dalam berbagai sektor ekonomi Negeri Pahang.

Jerantut juga diwakili oleh beberapa individu yang kelihatan pada program berkenaan. Antaranya wakil-wakil rakyat, pemimpin masyarakat dari kalangan UMNO peringkat bahagian, penjawat awam, pemain dalam industri pelancongan dan beberapa individu-individu.

Konvensyen selama 2 hari itu diikuti dengan Majlis Perasmian Bio-ICT Pahang 2012 di Hotel yang sama dan turut diresmikan oleh YAB DSD MB Pahang pada 2hb Mac 2012. Karnival Bio-ICT berlangsung sehingga 4hb Mac lalu di East Cost Mall, Kuantan.


YB ADUN Tahan bersama sebahagian peserta


Sebahagian dari wakil Jerantut di Konvensyen berkenaan


Wakil Jerantut yang turut kelihatan


Ruang pameran yang disediakan

Staf Majlis Daerah Jerantut yang turut menyumbang di Konvenysen berkenaan

[ ... ]

Monday 20 February 2012




Zuhud Bukan Bermaksud Membenci Dunia

Oleh : Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis)
Suatu hari Abdullah bin Abbas RA memakai pakaian yang paling indah dan mahal berharga 10.000 dirham. Beliau bermaksud mengadakan dialog dengan kaum Khawarij yang memberontak. Orang-orang Khawarij adalah golongan yang kuat beribadat tetapi mengenepikan ilmu dan tidak mahu mempelajari al-Quran, Fiqh dan Hadis. Mereka terkenal sebagai kaum yang degil, berpuak-puak dan membenci sesiapa saja yang tidak sefahaman dengan mereka.

Abdullah bin Abbas RA mandi dan memakai wangian yang paling harum, menyikat rambutnya dan mengenakan pakaian yang paling indah dan bersih. Beliau akan berhadapan dengan orang-orang degil yang memakai baju bertampal-tampal, muka yang berdebu dan kusut masai. Mereka berkata: “Kamu adalah anak bapa saudara Rasulullah SAW. Mengapa kamu memakai pakaian seperti ini? Abdullah bin Abbas RA menjawab: “Apakah kalian lebih tahu tentang Rasulullah SAW berbanding saya?” Mereka berkata: “Tentulah kamu yang lebih tahu.” Abdullah berkata lagi: “Demi Allah yang jiwaku dalam genggaman-Nya, sesungguhnya aku telah melihat Rasulullah SAW berpakaian dengan mengenakan perhiasan yang berwarna merah dan itu adalah sebaik-baik perhiasan.”

Aisyah RA pada suatu ketika melihat sekumpulan pemuda yang berjalan dalam keadaan sangat lemah, pucat dan kelihatan malas. Beliau bertanya: “Siapakah mereka itu?” Para sahabat menjawab: “Mereka itu adalah kumpulan ahli ibadat.” Kemudian Aisyah RA berkata: “Demi Allah, yang tiada Tuhan selain-Nya. Sesungguhnya Umar bin al-Khattab RA adalah orang yang lebih bertakwa dan lebih takut kepada Allah SWT berbanding mereka itu. Kalau beliau berjalan, beliau berjalan dengan cepat dan tangkas. Apabila bercakap, beliau dalam keadaan berwibawa, jelas kedengaran percakapannya dan apabila beliau memukul, pukulannya terasa sakit.”

Hal ini semua berlaku adalah akibat memahami ilmu secara kurang menyeluruh, memberatkan hal ibadat yang sebenarnya mudah, sampai ke tahap berlebih-lebihan dan menyusahkan diri. Begitulah keadaan sebahagian umat Islam yang lupa kepada wasiat Rasulullah SAW yang telah disampaikan kepada sahabatnya, Muaz bin Jabal RA ketika beliau dikirim menjadi Duta dakwah ke negeri Yaman. Kata baginda yang maksudnya: “Wahai Muaz, mudahkanlah setiap urusan, jangan memberat-beratkannya.”
Apakah agama Islam mengajar untuk membenci dunia? Kalau begitu, mengapa Abu Bakar al-Siddiq boleh berbangga dengan harta kekayaannya untuk membela agama Allah? Begitu juga dengan Abdul Rahman bin Auf dan Uthman bin ‘Affan yang mengeluarkan perbelanjaan membiayai gerombolan tentera Allah dengan wang dari poket mereka sendiri. Adakah Rasulullah SAW melarang mereka bekerja bersungguh-sungguh untuk meraih keuntungan duniawi?

Bahkan di dalam Al-Quran Allah SWT menegaskan bagi sesiapa yang menolong agama Allah mereka wajib mempunyai bekalan. Firman-Nya yang bermaksud: ”Dan sediakanlah untuk menentang mereka dengan segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh-musuhmu.” Surah al-Anfal: Ayat 60
Bagaimanakah Islam akan menang jika umatnya adalah mereka yang berada dalam skala Negara Dunia Ketiga? Negara miskin dan terkebelakang serta dikuasai oleh musuh-musuhnya. Apabila mereka hendak membeli makanan, mereka terpaksa meminta belas ihsan orang kafir. Apakah zuhud itu bererti membiarkan dunia dimiliki dan dikuasai oleh musuh Allah? Sedangkan Khalifah Umar bin Abdul Aziz pernah berkata: ”Apabila emas seberat gunung diamanahkan kepadaku, aku tidak akan tidur selagi ia tidak habis dimanfaatkan untuk umat Islam.”

Sebagai panduan bersama, ingatlah pandangan Shaikhul Islam al-Imam Ibnu Taimiyah. Beliau berkata: ”Zuhud itu adalah kamu meninggalkan perbuatan yang tidak berfaedah untuk akhiratmu.”
Harta yang halal hendaklah dipastikan dikeluarkan pada tempat-tempat yang halal. Jangan mencari di lubuk yang halal sahaja tetapi membelanjakannya pada jalan maksiat. Atau kebalikannya, mengambil dari sarang penyamun dan membelanjakannya untuk ibadat. Itu semua bertentangan dengan perintah Allah SWT. Orang beriman percaya harta adalah titipan dan amanah Allah, pinjaman sementara dan bila-bila sahaja Dia mahukannya, akan lenyaplah ia dari tangan kita. Cukuplah ia berada dalam genggaman tangan, jangan masuk menguasai hati nurani.

Al-Imam Ahmad bin Hanbal apabila ditanya tentang seorang lelaki yang memiliki harta kekayaan sebanyak 100,000 dinar wang emas. Bolehkan dia dikatakan sebagai seorang yang zahid? Beliau menjawab: ”Lelaki itu dikatakan zuhud apabila ada dua sifat:

1. Tidak terlalu bergembira ketika hartanya bertambah.
2. Tidak terlalu berdukacita apabila hartanya berkurangan.”

Nikmatilah dunia dan segala kesenangannya tetapi pastikan harta yang dimiliki tidak menahan langkah di akhirat kelak dan melambatkan perjalanan ke pintu syurga. Kerana semakin banyak harta, maka pasti semakin rumit hisab perhitungan yang dilakukan, kecuali harta yang halal yang dibelanjakan untuk keredaan Allah. Jika Bahagian Pencegah Rasuah (BPR) datang menyiasat harta dan ia adalah suatu yang menggerunkan, maka bagaimana dengan penyiasatan mahkamah Allah nanti, yang pasti memiliki segala bukti?

Sumber :- DrJuanda.com

[ ... ]

Monday 13 February 2012

SAMBAL HITAM

Aku bukan orang Pahang tapi aku dah bermastautin di sini hampir 25 tahun. Begitu juga ada orang Jerantut yang bermastautin di tempat lain. Berhijrah kerana beberapa faktor yang telah menjadi lumrah kehidupan. Ada yang berhijrah kerana pekerjaan dan tidak kurang juga yang berhijrah kerana perkahwinan.

Berhijrah ini memberikan menafaat yang besar dari berbagai sudut. Antaranya budaya dan tradisi. Dari kecil hinggalah berumur 22 tahun aku membesar di dalam masyarakat dan budaya Jawa. Apabila aku diarahkan bertugas di daerah yang jauh melewati kebiasaan kehidupanku memberikan sedikit sebanyak kejutan dari segi dialek dan makanan. Banyak makanan di sini terlalu asing bagiku. Antaranya ialah sambal hitam, sajian yang mungkin sudah dilupakan oleh generasi muda yang kini tinggal di bandar.



Sajian sambal hitam yang enak


Buah belimbing buluh yang telah matang
Bahan utama untuk membuat sambal hitam ialah belimbing buluh. Kalau di kampung aku, belimbing buluh ini hanya digunakan sebagai bahan campuran di dalam masakan seperti masak lemak pedas, masak lemak cekur atau sambal tahun. Ada juga di campur dalam sambal mentah atau di sebut sambal gesek. Malah ada yang istimewa sedikit dibuat halwa. Kalau tidak buah belimbing tersebut hanya berguguran tanpa dapat dimanfaat. Hendak dimakan begitu saja terlalu masam rasanya. 

Untuk membuat asam belimbing langkah-langkah berikut perlu dilakukan. Belimbing-belimbing yang telah matang akan dipetik sebelum menjadi terlalu masak dan berguguran ke tanah. Untuk merebus belimbing tersebut, bersihkan belimbing kemudian rebus tanpa air dengan api yang kecil. Merebus belimbing ini memakan masa yang agak lama juga. Yang penting rebus sehingga belimbing kecut dan bertukar warna cokelat kehitam-hitaman. Biasanya rebus semalaman untuk kecut. Tempoh masa rebusan yang mencukupi bertujuan supaya ketahanan belimbing tersebut untuk disimpan lama sehingga setahun dua. 




Belimbing yang telah siap direbus

PESANAN 1 : Jika hendak guna untuk membuat sambal ini sekali sahaja, memadai hanya rebus anggaran 10 biji belimbing sehingga belimbing bertukar warna coklat saja. Tujuan merebus belimbing sehingga betul-betul kering dan gelap adalah untuk tujuan simpanan jangka masa lama.


PESANAN 2 : Sila guna periuk yang buruk-buruk untuk rebus sebab belimbing mempunyai kandungan asid yang kuat dan boleh menjadikan periuk bertukar menjadi kusam. Kebiasaannya mengguna tin minyak masak yang empat segi untuk rebus belimbing tersebut. 

Untuk membuat sambal hitam tidaklah susah sangat. Yang penting bahan utamanya iaitu asam belimbing. Di sini dikongsikan resepi untuk membuat sambal hitam. Selamat mencuba dan nikmati keenakannya. 

Antara bahan membuat sambal hitam
Resepi Sambal Hitam Pahang 

1 mangkuk ikan bilis yang dibuang perutnya
1 biji bawang besar - hiris
10-15 biji cili padi (pedas ikut rasa masing-masing)
6-7 asam belimbing rebus
Sedikit kicap
Sedikit gula
Sedikit garam
3/4 cawan minyak masak (lebih kurang)



Cara membuatnya :

  1. Tumbuk cili padi sehingga lumat menggunakan lesung batu. 
  2. Kemudian masukkan pula asam belimbing dan lenyek-lenyekkan dengan lesung biar bercampur dengan cili. 
  3. Masukkan pula ikan bilis dan tumbuk separuh hancur. 
  4. Panaskan minyak. 
  5. Tumiskan bawang, tak perlu tunggu bawang layu atau naik bau, terus sahaja masukkan ikan bilis yang telah ditumbuk bersama cili tadi. 
  6. Goreng menggunakan api sederhana. 
  7. Masukkan sedikit kicap, garam dan gula. 
  8. Kacau lagi sehingga agak-agak garing. Atau pun mengikut citarasa masing-masing. Sebab ada yang suka sambal ini rasa lembut-lembut, tak suke garing. Ada juga yang suka sedikit. Jaga-jaga jangan sampai hangit pulak. sambal ini juga boleh tahan berminggu kalau dimasak garing dan kering. 
  9. Bila sudah garing tutupkan api lalu tolakkan sambal ke tepi kuali beberapa minit supaya minyak tos sebelum dihidang. Atau boleh juga angkat dan sejatkan sambal menggunakan penapis santan sebelum dihidangkan dengan nasi putih atau ketupat pulut.
Oleh Cikgu Ameen ....
[ ... ]

Friday 10 February 2012

BLOGGER DARI KURSUS ANJURAN UMB UMNO JERANTUT




Kursus Menulis dan Menerbitkan Blog Siri 1 anjuran bersama Unit Media Baru UMNO Bahagian Jerantut dengan kerjasama Persatuan Kelab Belia Malaysia telah diadakan Dewan Ariffin, Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut, Pahang pada 5hb Februari lalu.

Seramai lebih dari 21 peserta telah menghadiri dan menyertai kursus tersebut yang antara tujuannya adalah untuk membina sibertropper UMNO dalam penulisan blog serta penulis-penulis yang akan menyumbangkan tulisan mereka bagi blog Komuniti Jerantut, 'Jerantut Daily'.

Sehingga kini, baru sebanyak 2 buah laman blog yang sudah dikesan lahir dari kursus yang diadakan itu. Blog-blog tersebut adalah; 'The Patriot' dan 'Tinta Maya'. Kita percaya akan ada lagi blog-blog lain yang akan lahir selepas ini, serta kita juga berharap agar mereka yang menyertai kursus berkenaan akan menyumbang tulisan mereka untuk blog komuniti 'Jerantut Daily' dalam waktu terdekat.
[ ... ]

Wednesday 8 February 2012

EKONOMI : TRADISI MEMBELA RAKYAT



    UMNO Bahagian Jerantut melalui Pergerakan Wanita UMNO Bahagian yang dipimpinan oleh Pn. Norhelan Binti Mahmud dan Jawatankuasanya telah berjaya mengadakan kerjasama dengan  Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga dibawah program AZAM iaitu Akhiri Zaman Miskin.

      Menurut Hajjah Fadilah Salehudin, Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO Jerantut telah mendapatkan bantuan peralatan seperti set mesin jahit, peralatan sejuk beku, mesin pembancuh kuih-muih dan peralatan catering kepada lebih 70 orang kumpulan pertama wanita yang ingin memulakan perniagaan dan mengembangkan perniagaan sedia ada.

         Semua sumbangan ini disampaikan oleh YBM Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar kepada peserta yang telah terpilih. Menurut Hajjah Fadillah lagi, ini merupakan kumpulan pertama dan program ini akan diteruskan untuk kumpulan seterusnya.

   Dengan sumbangan ini membuktikan kerajaan di bawah Barisan Nasional  sentiasa menitik beratkan kepada kemajuan wanita dan semua lapisan masyarakat bagi mengurangkan kadar kemiskinan negara dan meningkatkan pendapatan rakyat seperti mana yang digariskan dalam Plan Pembangunan Ekonomi Negara.

    Syabas kepada pergerakan Wanita UMNO Bahagian Jerantut yang membuktikan bahawa UMNO sentiasa menjadi juara di hati rakyat dalam pelbagai isu yang menitik beratkan kepada kemajuan rakyat secara tidak langsung menolak tohmahan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang menuduh kerajaan dan UMNO tidak prihatin kepada rakyat.

    Konsep ini ibarat “memberi pancing kepada penangkap ikan untuk menangkap ikan bagi menyara hidup berbanding memberinya ikan untuk dimakan kerana ikan itu lambat laun akan habis dimakan tetapi pancing itu boleh digunakan seumur hidup untuk mencari rezeki”. Ini membuktikan keikhlasan kerajaan dalam membantu masyarakat untuk terus berjaya dan mengakhiri Zaman Miskin bukan sahaja dalam jangka pendek tetapi berterusan untuk jangka panjang.

[ ... ]

Intipati Ucapan Ketua UMNO Bahagian Jerantut



Ketua UMNO Bahagian Jerantut, YBM Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar dalam perjumpaan bersama jawatankuasa UMNO empat (4) peringkat Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri serta Ketua-ketua cawangan UMNO telah mengingatkan supaya bersiap sedia dalam menghadapi cabaran PRU 13 ini dengan menyusun jentera dan mengambil berat mengenai pengundi baru.
PRU 13 ini merupakan cabaran yang amat berbeza berbanding dengan PRU yang telah lepas kerana masyarakat kini telah terdedah dengan pelbagai sumber yang boleh menpengaruhi corak sokongan mereka.
Budaya politik yang terlalu banyak dikalangan masyarakat kini juga menjadi satu faktor kepada perubahan pemikiran masyarakat. YBM Tan Sri Tengku menjelaskan lagi budaya politik yang terlalu banyak bukan sahaja berlaku di dalam parti malah merebak ke dalam masyarakat, pertubuhan dan melibatkan jabatan-jabatan kerajaan yang akhirnya membawa kesusahan kepada masyarakat.
Namun begitu, YBM Tan Sri Tengku berkeyakinan dengan corak kepimpinan YAB Perdana Menteri yang jelas akan memberi makna yang besar kepada Barisan Nasional.
Perjumpaan tersebut juga telah memberi ruang dan peluang kepada semua yang hadir untuk bersoal jawab dengan YBM Tan Sri Tengku mengenai politik cabaran dan tugas yang harus dilaksanakan dalam memastikan sokongan rakyat kepada UMNO khususnya Barisan Nasional terus padu.
[ ... ]

Sunday 5 February 2012

SEKITAR KURSUS PENGENDALIAN BLOG ANJURAN UMB UMNO BAHAGIAN JERANTUT

Sdr. Mustafar Mat Arop sedang membuat ucapan aluan dan Sdr. Zulkarmi SUB turut hadir serta menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta kursus.









[ ... ]

Sekalung Tahniah



Salam....


Bagi pihak urusetia ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang telah melibatkan diri dalam menjayakan Bengkel Penulisan Blog. Semoga dengan bengkel ini akan memberi satu lagi pengelaman yang berguna kepada peserta-peserta. Terima kasih juga kepada semua Jawatankuasa Media Sosial Komuniti Jerantut yang menjayakan bengkel ini.

Selamat Maju Jaya

Pengerusi
Sukarelawan Media Sosial Komuniti Jerantut
[ ... ]

Friday 3 February 2012

KONVESYEN MEDIA SOSIAL 1MALAYSIA PAHANG



Konvesyen Media Sosial 1Malaysia Siri Jelajah myvo1ce Negeri Pahang akan diadakan seperti keterangan dibawah;

Tarikh: 6hb Februari 2012
Masa: 8.00 Pagi
Tempat: Dewan Tun Razak, Temerloh
Penyertaan sila hubungi email: kms1m.phg@gmail.com

- Tempat adalah terhad -


[ ... ]

KURSUS PENULISAN BLOG ANJURAN UMB UMNO BAHAGIAN JERANTUT



Kursus: Penulisan Blog
Anjuran: UMB UMNO Bahaghian Jerantut
Tarikh: 5hb Februari 2011
Masa: 8.00 pg - 2.00 ptg
Tempat: Dewan Pejabat Pendidikan Daerah Jerantut
Sila SMS: 017-9448411 'Segera' - tempat adalah terhad.


[ ... ]

Friday 13 January 2012

TAK PASAL-PASAL AKU KENE GI KUIL HINDU ........

Hari ini aku letih betul. Ke hulu ke hilir nak menyelesaikan dan menyiapkan dokumen pinjaman PTPTN anak yang dapat masuk politeknik. Yang politeknik dan PTPTN pun satu hal jugak. Hari Selasa, 10 Januari 2012 keputusan kelulusan pinjaman PTPTN diumumkan. 15 Januari 2012 pihak politeknik dah nak kumpul semua dokumen sebab minggu berikutnya PTPTN dah nak kutip.


Semalam aku cetak dokumen-dokumen secara online. Pagi tadi berbaris kat Pejabat Pos beli setem hasil. Nak dapat 2 keping setem hasil kena tunggu dekat sejam. Lepas tu isi pulak maklumat dalam dokumen-dokumen tersebut. Kena pulak taip surat pengesahan isteri tidak bekerja. Sebab dalam senarai semak tersebut hendak surat pengesahan bagi isteri atau suami yang tidak bekerja. Yang tidak ada pendapatanlah maksudnya. Lepas itu kena pulak photostat salinan-salinan sijil SPM anak, kad pengenalan dan cetak slip gaji aku. Nak bukak laman web bapak la slownya sebab talian internet entah apa-apa. Laju lagi kura-kura berjalan.

Dah cukup semua dokumen, aku kena pulak jumpa pegawai atasan aku untuk dapatkan pengesahan bagi salinan-salinan dokumen yang diphotostat tadi dan sebagai saksi dalam dokumen perjanjian pinjman PTPTN. Dah siap semua ditandatangani oleh pegawai atasan aku, aku kena pulak cari Yang Berhormat untuk dapatkan tandatangan bagi surat pengesahan tidak bekerja bagi isteri aku pulak. Yang ni yang panas dalam sejuk ni.

Hari ini cuaca redup dan sejuk tapi hati jadi panas. Bukan sebab ada bara api dalam baju tapi susah sangat nak dapatkan tandatangan Yang Berhormat kita sendiri. Ketiga-tiga YB Parlimen dan DUN entah ke mana tak tau. Sibuk mengalahkan menteri. Dengarnya kat Dewan Rakyat tak ada pulak persidangan. Kat Dewan Undangan Negeri pun tak ada persidangan. Kalau ada sidang DUN kenapa YB Dun Damak, YB Dato' Lau Lee ada kat kawasan?

Patutpun rakyat jelata marah kat YB-YB yang amat sibuk ni. Nak jumpa untuk dapatkan tandatangan pun susah. Itu belum nak minta duit mereka. Patutnya bila dah jadi wakil rakyat senanglah rakyat nak berjumpa untuk urusan-urusan menandatangani borang-borang. Maklumlah sekarang ni musim anak-anak dapat tawaran belajar sana sini. Kalau sibuk sangat dengan kontrak dan berniaga, baik tak payah jadi wakil rakyat. Ramai lagi yang boleh jadi wakil rakyat. Kalau mereka pentingkan kontrak dan bisnes buatlah kontrak dan bisnes tu.

Mujur dan nasib baik lah ada seorang lagi yang sentiasa dekat dengan rakyat iaitu YB Dato' Lau Lee. Ibarat macam Ahli Parlimen dia di Jerantut. Manakan tidak, semua borang-borang bagi semua DUN dia yang tandatangani. Baik dia je jadi Ahli Parlimen. 

Oleh kerana hanya YB Dato' Lau Lee sahaja yang ada di kawasan, aku pun pergilah ke Pusat Khidmat DUN Damak untuk minta tandatangannya. Tak ada pulak dia di pejabat. Kata kerani di pejabatnya YB Dato' ada program dengan MIC di kuil hindu di batu 1. Nak tak nak terpaksalah aku menyusul dia di sana. Tak pasal-pasal hari ini aku pergi ke kuil hindu. Tapi program YB Dato' dengan MIC bukan di dalam kuil tapi di dewan di sebelah kuil tersebut. Dua tiga orang kawan yang lalu dari Jerantut menghala ke Damak agaknya pelik tengok aku berhenti dan berjalan kaki masuk ke dalam kuil. Dalam hati mereka mungkin tertanya-tanya, kenapa pulak kawan aku tu masuk ke dalam kuil?

Pilihanraya dah semakin dekat pun YB-YB kita ini masih dengan hal masing-masing. Tak ada lalulah nak bekerja keras melawat kawasan macam YB Dato' Lau Lee. Yang bagusnya YB Dato' Lau Lee ni memang bekerja keras dari dulu lagi. Kalau ada orang jemput dia mesti dia akan hadir. Tak kiralah majlis politik, kenduri kahwin, jamuan raya atau apa-apa sahaja majlis, biasanya dia akan hadir. Pendek kata kalau dia hadir sampai ke tempat basuh pingganlah dia bersalam dengan orang yang ada di majlis tersebut. Bukan nak kempen tapi itulah hakikatnya. YB-YB kita ....... hampeh. Nak hadir pun payah. Main pilih-pilih je kalau nak hadir dalam sesuatu majlis.

Entahlah apa nak jadi dengan Jerantut ni.
[ ... ]

GULAI ASAM ROM




Gulai asam rom atau rong yang sangat enak dan lazat 
Dulu masa aku budak-budak yang aku tau buah getah ni mabuk kalau dimakan. Lagi pun kat kampung aku masa itu cuma ada sepokok je. Tu pun pokok liar. Orang kampung amik getahnya untuk tampal tiub basikal. Yang aku seronok kalau masa buah getah tu dah tua. Duduk bawah pokok berjam-jam tunggu buah getah tu 'meletup'. Bila buat getah tu meletup, bijinya (biasanya 3 butir je) akan terpelanting merata. Aku dan kawan-kawan berebut nak dapatkan biji getah tu. Biji getah tu cuma untuk disimpan je atau bawa ke sekolah dan beri pada kawan-kawan.

Selepas aku tamat pengajian di Maktab Perguruan Tanjong Malim, aku ditempatkan di daerah Jerantut, Pahang iaitu di Sekolah Kebangsaan Bukit Dinding. Masa aku duduk di Jerantut lah aku jumpa macam-macam jenis makanan dan masakan yang tak ada di tempat aku. Antaranya ialah gulai asam rom atau rong. Kalau masak lemak cili api yang terkenal di Negeri Sembilan tu orang kata pedas tapi gulai asam rom ni lagi pedas. Macam makan api rasanya tapi sedap. Makin pedas makin sedap.

Biji getah
Isi biji getah
Gulai asam rom atau rong ni kurang dikenali tapi ramai yang tahu namanya, makanan orang negeri Pahang, terutama popular di belah Jerantut. Aku nak sambung cerita pasal buah getah ni. Buah getah ni rupanya tak mabuk kalau dimakan. Kat sini kalau kat pokok getah nak cari buah ni kene berebut dengan kera dulu. Kalau makan isi biji getah ni mabuk kera-kera tu mati dah. Kera suka makan biji getah, kera tu kata anti oksidan. Tapi bab-bab kandungan dalam isi biji getah tu aku tak tau sebab aku bukan ahli sains. Yang aku tau makan je. Tapi apa-apa pun jangan percaya cakap kera tu. Aku rasa ramai yang tahu dan kenal biji getah ni, tapi kelazatan buah ni hanya segelintir je yang mengetahuinya.

Buah Perah
Gulai asam rom diperbuat daripada buah perah atau biji getah yang dijemur sehingga kering dan di tumbuk serta di peram selama lebih kurang satu bulan. Ia dimasak bersama beberapa bahan tertentu seperti pucuk paku, keledek, buah jambal, daun jambal, terung pipit, terung telunjuk, daun kesing, keladi dan kacang botol. Kunyit hidup pula ditumbuk bersama cili padi bagi menambah rasa pedasnya. Masakan ini hanya boleh ditemui di kawasan Jerantut dan amat terkenal di sebelah Tembeling. Ia menjadi makanan yang amat digemari bagi penduduk di sana, malahan kini ianya semakin terkenal di kalangan pelancong yang berkunjung ke Kuala Tahan.

Bahan-bahannya :
Ikan sungai - ikan kenerak - RM25 sekilo

1.     1 senduk asam rom atau secukupnya. 
2.     1 ekor ikan sungai. Anggaran dalam 1.5 kilo. Biasanya ikan kenerak. Ikan baung, keli, kelah atau tengas pun sedap juga. Daging pun boleh. Apa-apa pun boleh asalkan jangan kayu atau batu udah le 
3.     1 inci kunyit hidup 
4.     1 daun kesum 
5.     20 biji lada atau cili. Ikut rasa. Lagi pedas lagi sedap 
6.     Secekak pucuk Paku. 
7.     1 biji keledek. Sedang-sedang besarnya. 
8.     Terung pipit, terung telunjuk, daun kesing, keladi dan kacang botol. Ikut suka masing-masing. Kalau tak gemar tak payah bubuh 
9.     Garam secukup rasa 
10.   Kalau ada isi petai ke, jering semai ke, boleh masukkan untuk menambah keenakkannya 
11.    Air secukupnya

Cara-cara2 membuatnya :

1.     Tumbuk kunyit, lada dan asm rom tadi 
2.     Masuk dalam periuk campur terus dengan ikan dan kacau bagi rata 
3.     Kemudian masukkan air bersama daun kesum dan biarkan seketika. 
4.     Kacau perlahan menggunakan api sederhana kecil. 
5.     Apabila ikan masak, masukkan pucuk paku, keledek, terung pipit, terung telunjuk, daun kesing, keladi dan kacang botol dan perasakan  dengan garam secukupnya. 
6.     Biarkan masak seketika dan angkat.

Hidangkan dengan nasi panas. Sedap papaleh deme weh. Uku pedeh uku sedak. Pergggghh ..... belum cuba belum tau. 

Gerai Z & Z atau Gerai Mak Anjang
Sape-sape yang tak pernah makan tu cari-carilah kat Pahang terutama sekali belah Jerantut. Kalau kat Jerantut deme carilah kedai Z n Z atau popularnya dengan nama Mak Anjang. Kedai dia hala ke pasar besar Jerantut. Tapi jangan lewat sangat. Kalau pukul 12.00 ke atas tu kira nasib la kalau masih ada lagi. Bukan nak promosi kedai dia tapi aku selalu makan gulai asam rom kat kedai dia. Kedai atau restoran lain pun setengah-setengah tu ada jugak.

Selamat mencari dan mencuba.

Oleh Cikgu Ameen
[ ... ]

Popular Posts

 

©2009 JERANTUT DAILY | by TNB