1. Pada 14 -16hb Oktober lalu satu program yang dinamakan 'Himpunan
Penulis Maya Negara' telah diadakan disebuah hotel di Kuala Lumpur.
Program selama 2 hari itu bertujuan untuk memberikan semangat serta
anjakan kepada para pengamal media sosial pro kerajaan. Seramai
kira-kira 300 peserta dari seluruh negara telah hadir. Program
dianjurkan bersama oleh Kelab sahabat Bina Negara dan MyKmu.Net.
Beberapa sesi forum telah diadakan dengan disertai beberapa tokoh
terkenal negara antaranya adalah; Dato' Mohd Sharkar Shamsuddin,
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Sains, Teknologi dan Inovatif Negeri
Pahang, Datuk Raja Arif Raja Ali, Ketua Pengarah BTN, En. Nasrun Adli,
Pengarah Siasah dan Pengurusan Isu Jasa, serta Prof Madya Dr. Mohd
Ridhuan Tee, Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
yang bertindak sebagai moderator dalam sesi berkenaan.
Selain mereka, YB Datuk Hj. Ahmad Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Setiausaha Agung
UMNO Malaysia serta beberapa lagi yang membantu memberikan ceramah dan
penerangan mengenai isu-isu semasa dalam sesi-sesi yang lain. Kemuncak
kepada semua itu, Perdana Menteri Malaysia DS Najib juga hadir dan
menggamatkan dewan dengan kata-kata semangatnya, menghidupkan dan
menyemarakkan semangat peserta program dan memberikan anjakan dalam
'Merekayasakan Penulis Maya Negara'.
Sesi forum sentiasa hangat dengan soal jawab yang berlaku dengan telus
dan jujur. Suara protes dan tidak puas hati para penulis maya diluahkan
dan menerima jawapan yang pasti. Segalanya adalah berpaksikan kepada
transformasi, perubahan didalam UMNO dan perubahan kepada pemimpin itu
sendiri. Hakikatnya, para pemimpin sudah mula berubah walaupun dalam
pergerakan yang masih perlahan.
Para penulis maya akan berdiri teguh dibelakang PM dalam melaksanakan
transformasi yang dirancangkan dan akan terus memberikan sokongan kepada
kerajaan dalam menghadapi PRU akan datang. Kami dapat merasakana bahawa
suara kami telah didengari dan diberikan perhatian yang wajar. Dalam
menghadapai cabaran mendatang, pemimpin perlu berubah, atau rakyat akan
mengubah kepimpinan jika mereka terus gagal berubah serta mengambil
sikap tidak cakna terhadap suara rakyat.
0 comments:
Post a Comment