Thursday 3 November 2011

AMARAN BANJIR BURUK DI PAHANG






Penduduk disekitar Jerantut diingatkan bahawa kemungkinan banjir lebih buruk akan berlaku dalam waktu terdekat. Oleh yang demikian persedian tertentu perlukah diberikan perhatian oleh semua pihak. Amaran banjir berkenaan dimaklumkan seperti dibawah ini oleh media arus perdana.

KUANTAN 1 Nov — Pahang kini bersiap sedia menghadapi bencana banjir yang dijangka lebih buruk berbanding tahun lepas berdasarkan musim tengkujuh yang dijangka melanda bermula bulan ini hingga Mac tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana dan Bantuan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata Pahang diramal dilanda bencana itu bulan depan hingga Januari depan di mana air pasang besar akan berlaku pada 24 hingga 27 Dis ini.

Justeru itu, katanya kerajaan negeri telah mengenal pasti 586 buah pusat pemindahan yang mampu menampung kira-kira 127,000 mangsa jika berlaku banjir.

Selain itu, bekalan makanan juga akan dihantar bermula 10 Nov ini ke 105 buah pangkalan hadapan yang diwujudkan bagi menampung keperluan mangsa banjir yang terputus hubungan, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata daerah yang dijangka dilanda banjir lebih teruk berbanding tahun lepas adalah Kuantan, Pekan dan Rompin.

Beliau turut menasihatkan mana-mana badan bukan kerajaan atau swasta yang ingin menghulurkan bantuan supaya menyalurkannya secara terus kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Utusan Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

©2009 JERANTUT DAILY | by TNB