Saturday 12 November 2011

CIKGU AKAN BEKERJA 9 JAM SEHARI .....??


Dikhabarkan sebahagian guru di 4 buah negeri akan bekerja 9 jam sehari iaitu dari pukul 7.30 - 4.30 petang. Ini adalah sebagai percubaan selama 6 bulan. Khabarnya banyak guru2 yang terlibat telah rasa gundah gulana. 

Ini adalah sesuatu yang bagus untuk cikgu2. Kerja waktu ikut waktu pejabat seperti penjawat awam yang lain sebenarnya lebih meringankan beban guru. Cikgu akan mempunyai masa rehat yang lebih berbanding sekarang :

1. Kerja2 menanda/menyemak kerja2 dan buku latihan murid yang tidak siap pada hari tersebut akan disambung keesokkan harinya. Tak perlu bawa balik ke rumah kerana waktu kerja hanya sampai pukul 4.30 petang sahaja.

2. Selepas waktu kerja iaitu 4.30 petang cikgu boleh beriadah, minum2 teh atau window2 shopping dan sebelah malam boleh menonton bersama anak2.

3. Waktu kokurikulum dilaksanakan pada waktu bekerja sahaja sama ada pagi atau selepas jam 2.30 petang hingga 4.30 petang.

4. Hari Sabtu dan Ahad cikgu2 boleh pergi picnic. shopping di SOGO, MID VALLEY, LOW YAT dan lain2 tempat sebab cikgu tidak perlu lagi adakah kelas2 tambahan pada hari sabtu atau Ahad kerana hari tersebut adalah hari cuti.

5. Cikgu2 berpeluang menikmati OT jika pihak sekolah ingin mengadakan aktiviti perkhemahan kerana aktiviti tersebut biasanya dilakukan di luar waktu bekerja.

6. Cikgu2 boleh buat part time dengan menjadi guru tuisyen pada waktu malam di pusat2 tuisyen ataupun boleh buat tuisyen berbayar pada hari Sabtu. Zaman sekarang tidak ada perkara yang percuma. Nak kencing pun kena bayar 30 sen.

7. Menjimatkan perbelanjaan seperti minyak kereta. Ini adalah kerana cikgu hanya akan menggunakan kereta hanya pergi sebelah pagi dan balik sebelah petang. Sebelum ini cikgu2 akan berulang alik ke sekolah 2 kali sehari. Duit lebih tersebut boleh digunakan untuk menampung kos penjagaan anak.

Ini adalah sebahagian kebaikkan yang akan cikgu2 perolehi. Tugas cikgu hanya mengajar mengikut silibus dan waktu bekerja 9 jam sehari seperti penjawat awam yang lain.

Penjawat2 awam yang lain janganlah merungut atau komplen mengenai anak2 mereka tidak ada kelas2 tambahan, latihan/kerja rumah yang sedikit, kem2 motivasi, aktiviti kokurikulum seperti perkhemahan dan lain2 yang dilakukan di luar waktu bekerja.

Penjawat2 awam yang lain sebenarnya akan menikmati tambahan kebaikkan akibat daripada cikgu bekerja ikut waktu pejabat iaitu 

1. Tidak perlu keluar pejabat untuk ambil anak di sekolah dan menghantar ke rumah pengasuh atau pusat jagaan anak2.

2. Anak2 akan dijaga oleh cikgu2 dari pukul 7.30 pagi hingga 4.30 petang.

3. Perbelanjaan minyak kereta dapat dijimatkan kerana hanya menggunakan kenderaan pada sebelah pagi (hantar anak ke sekolah dan terus ke pejabat) dan sebelah petang (keluar pejabat dan terus ambil anak di sekolah).

4. Hari Sabtu dan Ahad boleh digunakan untuk shopping, melancong atau ke mana2 sahaja kerana tidak perlu menghantar anak2 ke sekolah untuk hadiri kelas2 tambahan atau aktiviti kokurikulum. 

Cikgu2 ...... janganlah rasa gundah atau sedih kerana di sebalik itu ada kebaikkannya. Itu pun kalau tak dipaksa itu dan ini. 

Kerajaan terutama KPM perlu adil kepada semua cikgu2 yang akan bekerja mengikut waktu pejabat dan segala yang dinikmati oleh penjawat awam yang lain juga perlu diberikan kepada cikgu2 seperti bayaran OT, kerja2 hanya dilakukan pada waktu pejabat sahaja iaitu dari jam 7.30 hingga 4.30 petang, tidak mengganggu cikgu2 yang melakukan part time sebagai cikgu pusat tusyen atau pun dipaksa hadir pada hari Sabtu untuk buat kelas tambahan.

Entah la .......

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

©2009 JERANTUT DAILY | by TNB