Monday, 14 November 2011

RESIPI GULAI TEMPOYAK

Gulai tempoyak sungai ni masakan tradisional orang-orang belah Ulu Tembeling. Orang belah sana kalau masak ..... alah papaleh sedap amat weh!!! Masak pulak dengan periuk atas dapur kayu ..... alah rasa keasliannya terserlah. Tak sama macam kita makan dikedai.

Kuahnya juga sedap bila dihirup 
Sesetengah orang memang tak tahan dengan bau ikan darat (sungai, paya, tasik). Apatah lagi ada yang tidak pernah pun merasainya. Tapi orang belah sini kalau masak tak ada bau ikan sungai tu.

Gulai Tempoyak Ikan Patin salah satu gulai kampung kegemaran aku sejak dulu hingga kini, lebih-lebih lagi jika ikannya adalah dari sungai Pahang. 

Kalau yang belum pernah rasa patut mencubanya. Pasti tak menyesal, sudah rasa pasti nak lagi. Insyaallah.

Bahan-bahan

10 ketul ikan patin (saiz sederhana)
3 ulas bawang merah (jangan terlalu banyak, nanti kurang sedap)
1 cm kunyit hidup (jika itiada, boleh guna serbuk kunyit)
5 cm lengkuas
3 kuntum bunga kantan (saiz sederhana)
15 tangkai cili padi (jika tidak mahu pedas,boleh kurangkan)
10 tangkai daun kesum
3 keping asam gelugur @asam keping
5 sudu tempoyak (lagi banyak, lagi sedap dan kuahnya pekat)
air secukupnya (untuk kuah banyak, masukkan air banyak)
garam secukup rasa
3 batang seraiCara-cara


01. Basuh ikan patin hingga bersih. (Basuh dan rendam dengan limau nipis, asam gelugur/asam keping dan tepung gandum selama sejam untuk menghilangkan hanyir.

02. Buang duri/bisa ikan patin yg ada dekat insang semasa basuh ikan) Tumbuk bawang merah, kunyit hidup, lengkuas dan cili api hingga lumat. serai diketuk.

03. Masukkan air secukupnya di dalam periuk dan masukkan serai, bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi bersama dengan tempoyak serta asam gelugur. Biarkan mendidih.

04. Masukkan ikan satu persatu. Hati-hati ya, kerana tekstur isi ikan patin lembut dan mudah terlerai/hancur jika dipegang terlalu kasar.

05. Selepas itu, masukkan bunga kantan, daun kesum dan masukkan garam secukup rasa. Biarkan mendidih di atas api yang sederhana.

06. Bila kuah pekat, bolehlah diangkat dan dihidangkan. Enak dimakan ketika ikan patin gulai tempoyak ini masih panas.

Ohh ya.. untuk menambahkan lagi nikmat masakan Gulai Tempoyak Ikan Patin ini juga boleh ditambahkan beberapa lagi jenis bahan antaranya sayur Timun Tua, Terung Bulat dan beberapa lagi jenis sayur-sayuran lain mengikut selera anda. Cubalah ye!

Oleh Cikgu Ameen ....

1 comments:

Anonymous said...

wah menyelerakan skali,,mintak izin share resepi ini dengan sambal itam ya admin :)tq

Post a comment

Popular posts

 

©2009 JERANTUT DAILY | by TNB