Thursday 3 November 2011

PENGAMAL MEDIA SOSIAL SEPATUTNYA BUKANLAH PEMFITNAH, PEMAKI DAN SI GILA SEKS

 Gambar hiasan dari blog Pemikir Politik Jerantut


Media sosial meledak bagaikan satu revolusi dan memang sukar dikawal. Tidak ada kerajaan yang mampu mengawalnya dan menghalang rakyat dari memanafaatkan jalinan media sosial yang sedia ada. Demikianlah, kita tidak akan dapat menyekat dari sesiapa untuk menulis diblog, facebook dan twitter. Media Sosial atau Media Baru adalah rangkain jalinan komunikasi zaman ini.

Kerajaan sedar, kegagalan meramal impak dari jalinan media sosial ini telahpun menghukum keranaan dapam PRU12 lalu. Justeru, kini kerajaan dan UMNO khususnya berusaha untuk bersama-sama rakyat dalam arus itu. Telah banyak progran-program yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk memantau dan menentukan halatuju kelompok-kelompok dalam jalinan media sosial berkenaan supaya selaras dengan kehendak dan citarasa kerajaan.

Pengamal media sosial juga mesti ditertibkan. Memang tidak ada sebarang peraturan khusus dalam menulis di media sosial ini. Kerana itulah kita lihat sebilangan besar tulisan-tulisannya lebih banyak mendatangkan kemusnahan kepada moral masyarakat sendiri. Sama ada tulisan-tulisan itu berbau fitnah, lucah serta kata-kata kurang sopan.

Memang kita tidak mampu menyekat pengamal media sosial ini dari menulis yang menjurus kepada arah keburukan tetapi kita mampu mengajar dan mendisplinkan mereka supaya mampu membawa kearah kebaikan. Saya mengibaratkan pengamal media sosial ini bagaikan rakyat yang sedang menghadapi revolusi, mereka bersemangat untuk berjuang, menentang sesuatu yang mereka sendiri sebenarnya masih belum tahu. Kerana itulah, mereka yang bersenjata menembak kesana kemari tanpa sasaran sebenar sehingga mengakibatkan kerosakan dan kemusnahan yang tidak sepatutnya.

Kerana itulah, kerajaan melalui pemimpinnya mesti berani hadir dalam kalangan pengamal media sosial ini  untuk menjadi wiranya yang memberikan arahan dan menentukan halatujunya. Menentukan siapakan musuh dan siapakan sahabat supaya segalanya dapat dikawal dan tidak bercelaru.

Pengamal medis sosial ini juga mesti diajari dan displinkan supaya tulisannya bukanlah hanya merupakan sampah-sarap yangpenuh dengan fitnah dan caci-maki serta kelucahan dan cerita seks semata-mata. Mungkin membaca tulisan sahabat blogger kita [disini]  boleh memberikan kita sedikit keinsafan.




0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

©2009 JERANTUT DAILY | by TNB