MAKLUMAN

1. Adalah dimaklumkan bahawa portal blog 'Jerantut Daily' ini masih lagi dalam pembinaan. Segala kekurangan dan kesulitan sangat dikesalkan. Sebarang cadangan dan teguran boleh dibuat sama ada diruang 'komen' yang disediakan atau ke email.

2. Sebarang sumbangan artikel, info dan berita boleh dibuat dengan menghantar ke alamat email yang tertera.

3. 'Jerantut Daily' juga akan menyediakan ruangan iklan dengan bayaran bulanan yang berpatutan. Sila hubungi email kami jika berminat sambil memberikan sumbangan.

Terima Kasih ~ Admin.

Friday, 30 December 2011

JARINGAN MEDIA SOSIAL - PAHANGKU



PahangKu:
1. Pemimpin nombor 1 negara sangat menghargai jaringan media sosial dan menyedari kepentingannya.  Justeru itu tidak hairanlah apabila beliau aktif dengan jaringan media sosialnya seperti di tweeter, facebook serta blog. Bahkan beliau juga sering mengikuti pertemuan nyata bersama sahabat-sahabat mayanya.

2. Tidak lama dulu beliau adakan pertemuan dengan rakan facebooknya. Setelah itu beliau hadir bersama dalam pertemuan dengan blogger anjuran MYKMU dan diikuti dengan kehadiran beliau bersama 2000 pengamal media dodial di PWTC baru-baru ini.

3 Keungguhan PM menjuarai media sosial sangat ketara, namun kita tertanya-tanya bagaimana pula dengan para pemimpin UMNO lainnya? Bagaimana pemimpin UMNO diperingkat Negeri? Bahagian? dan Cawangan? Apakah mereka juga faham dan mengerti?

4. Tidak hairan jika masih ada antara mereka yang masih belum mengenali media sosial, namun yang menyedihkan apabila masih ada diantara mereka yang menganggap media sosial tidak membantu mereka secara langsung didalam mendekatkan mereka dengan rakyat dan tidak berupaya membantu mereka dalam sebarang pemilihan sebagai pemimpin.

5. Pada asasnya, kita sudah ada bala tentera, namun pemimpin kita masih takut dan enggan untuk turun memimpin dalam perjuangan.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap tahun 2011, sebagai jalan meneroka penggunaan media sosial bagi merapatkan hubungannya dengan rakyat.

Penerokaan itu dimulakan pada awal tahun, apabila buat pertama kalinya, Najib menjemput orang ramai bertanya soalan melalui laman Twitter dan Facebook.

“Saya tidak menjangka menerima respons hebat, tetapi saya berjaya menjawab soalan diajukan, termasuklah yang pelik-pelik,” katanya ketika menyoroti peristiwa sepanjang 2011 pada entri terbaru bertajuk ‘Imbasan 2011’ dalam blog 1Malaysia, semalam.

Perdana Menteri berkata, pada bulan berikutnya, beliau mempelawa 600 rakan dalam talian minum bersama di Seri Perdana dalam program ‘Mari Berjumpa, Mari Berhubung’.

Sikapnya yang berani meneroka cara baru itu menyebabkan beliau menerima banyak undangan secara dalam talian untuk berhubung dengan golongan belia.

“Tidak lama selepas itu, saya dijemput melakukan Gotcha di radio oleh krew pagi Hitz.fm dan membuat penampilan pada rancangan pagi di Radio Era, Mix.fm dan Hot.fm,” katanya.

Berdasarkan pengalaman siber dikutipnya, Najib berkata, beliau memperkenalkan Meja Bulat 1Malaysia iaitu platform interaktif untuk rakyat Malaysia memberikan komen atau idea untuk memperbaiki kehidupan pada Jun.

Najib sendiri mengambil bahagian membincangkan topik berhubung belanjawan untuk pertumbuhan mampan.

Pada tahun ini juga, Najib turut memperkenalkan barangan rasmi 1Malaysia yang banyak diedarkan melalui kempen Barangan Rasmi 1Malaysia.

Kempen itu turut menjemput rakyat Malaysia menghantar foto Jalur Gemilang yang kemudian dimuatkan ke dalam Album 1Malaysia Jalur Gemilang di laman Flickr milik Perdana Menteri.

“2011 adalah tahun sungguh berwarna-warni bagi saya dan saya perlu mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia atas sokongan anda,” katanya.
[ ... ]

Monday, 28 November 2011

JERANTUT MAJU TAHUN 2050......???


Bagaimana agaknya bandar Jerantut pada tahun 2050? Mungkinkah Jerantut akan menjadi salah satu antara bandar termaju dan termoden? Kalau melihat suasana pada hari ini dengan bercakaran sesama sendiri, tuduh menuduh sesama sendiri, berebut jawatan, projek dan kedudukan dan fitnah memfitnah sampai kiamat pun beginilah suasana bandar atau daerah Jerantut.

Ilustrasi penulis sahaja
Berapa banyak aset orang Melayu di bandar Jerantut. Wisma Aliah mungkin satu-satunya milik Melayu. Di khabarkan Jerantut mempunyai ramai 'jutawan' atau orang kaya. Tapi apakah sumbangan mereka untuk memajukan orang-orang Melayu yang bekerja siang malam mencari sesuap nasi dengan menyewa premis bukan Melayu. 5 - 6 tahun berniaga mereka akan jatuh bangkrap kerana tidak mampu membayar sewa kedai.

Bandar Jerantut semakin membesar. Daripada bandar lama kepada bandar baru. Yang terkini wujud pula bandar Inderapura. Pasaraya terus bertambah. Pasaraya milik Melayu lingkup dalam masa tak sampai setahun beroperasi. Tanah-tanah milik pihak berkuasa tempatan bertukar tangan dan aset bukan Melayu terus pesat membiak. Melayu terus terpinggir. Yang kaya bertambah kaya dan yang miskin terus melata.

Ke mana perginya pejuang-pejuang bangsa yang berdegar-degar bila berucap seperti nak meletup speaker. Sana sini bertempik perjuangan Melayu, pertahankan Melayu, pertahankan kuasa Melayu dan bela nasib Melayu. Tapi siapa yang bela siapa. Yang jelas adalah mereka-mereka yang berdegar-degar ini hanya membela diri sendiri. Kaya sendiri, mewah sendiri dan kenyang sendiri. 

Ilustrasi penulis sahaja
[ ... ]

Friday, 18 November 2011

SEMAKAN NAMA PESERTA KONVESYEN MEDIA SOSIAL 1MALAYSIA


Klip untuk melihat Video Klip


Sepertimana kita sedia maklum bahawa Konvesyen Media Sosial 1Malaysia akan diadakan pada 20hb.November 2011 di PWTC.

Para peserta yang sudah mendaftar boleh menyemak nama masing-masing di blog 1Agenda 1Malaysia di alamat berikut: http://1agenda.org.my/index.php  (Klik Sini)

[ ... ]

Monday, 14 November 2011

RESIPI GULAI TEMPOYAK

Gulai tempoyak sungai ni masakan tradisional orang-orang belah Ulu Tembeling. Orang belah sana kalau masak ..... alah papaleh sedap amat weh!!! Masak pulak dengan periuk atas dapur kayu ..... alah rasa keasliannya terserlah. Tak sama macam kita makan dikedai.

Kuahnya juga sedap bila dihirup 
Sesetengah orang memang tak tahan dengan bau ikan darat (sungai, paya, tasik). Apatah lagi ada yang tidak pernah pun merasainya. Tapi orang belah sini kalau masak tak ada bau ikan sungai tu.

Gulai Tempoyak Ikan Patin salah satu gulai kampung kegemaran aku sejak dulu hingga kini, lebih-lebih lagi jika ikannya adalah dari sungai Pahang. 

Kalau yang belum pernah rasa patut mencubanya. Pasti tak menyesal, sudah rasa pasti nak lagi. Insyaallah.

Bahan-bahan

10 ketul ikan patin (saiz sederhana)
3 ulas bawang merah (jangan terlalu banyak, nanti kurang sedap)
1 cm kunyit hidup (jika itiada, boleh guna serbuk kunyit)
5 cm lengkuas
3 kuntum bunga kantan (saiz sederhana)
15 tangkai cili padi (jika tidak mahu pedas,boleh kurangkan)
10 tangkai daun kesum
3 keping asam gelugur @asam keping
5 sudu tempoyak (lagi banyak, lagi sedap dan kuahnya pekat)
air secukupnya (untuk kuah banyak, masukkan air banyak)
garam secukup rasa
3 batang seraiCara-cara


01. Basuh ikan patin hingga bersih. (Basuh dan rendam dengan limau nipis, asam gelugur/asam keping dan tepung gandum selama sejam untuk menghilangkan hanyir.

02. Buang duri/bisa ikan patin yg ada dekat insang semasa basuh ikan) Tumbuk bawang merah, kunyit hidup, lengkuas dan cili api hingga lumat. serai diketuk.

03. Masukkan air secukupnya di dalam periuk dan masukkan serai, bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi bersama dengan tempoyak serta asam gelugur. Biarkan mendidih.

04. Masukkan ikan satu persatu. Hati-hati ya, kerana tekstur isi ikan patin lembut dan mudah terlerai/hancur jika dipegang terlalu kasar.

05. Selepas itu, masukkan bunga kantan, daun kesum dan masukkan garam secukup rasa. Biarkan mendidih di atas api yang sederhana.

06. Bila kuah pekat, bolehlah diangkat dan dihidangkan. Enak dimakan ketika ikan patin gulai tempoyak ini masih panas.

Ohh ya.. untuk menambahkan lagi nikmat masakan Gulai Tempoyak Ikan Patin ini juga boleh ditambahkan beberapa lagi jenis bahan antaranya sayur Timun Tua, Terung Bulat dan beberapa lagi jenis sayur-sayuran lain mengikut selera anda. Cubalah ye!

Oleh Cikgu Ameen ....
[ ... ]

Sunday, 13 November 2011

NONTON SAMBIL BERSANTAI BERSAMA KELAB MEDIA SOSIAL KOMUNITI JERANTUT



Skuad Harimau Malaya akan berentap sekali lagi untuk kali ketiga! Kini perlawanan di antara Malaysia vs Kemboja di Stadium Gelora Bung Karno Indonesia pada hari ini, 13 November 2011 jam 5.00 Petang.

Dalam perlawanan di antara Malaysia vs Thailand 9 November 2011 tempoh hari Malaysia telah pun mengalahkan Thailand sebanyak 2 (Malaysia) dan 1 (Thailand).

Kali ini berapa score akan kita rembat untuk menang dalam perlawanan Malaysia vs Kemboja ini?

Bagi rakan-rakan blogger, facebooker, twitter Jerantut yang ingin menonton perlawanan Malaysia vs Kemboja sambil bersantai, tuan-tuan dijemput hadir ke Rest House Jerantut untuk menonton bersama Kelab Media Sosial Komuniti Jerantut (KMSKJ) pada 13 November 2011 jam 5.00 petang.


Bersama-sama kita memberikan sokong kepada skuad Harimau Malaysa membaham Kemboja ..........
[ ... ]

Saturday, 12 November 2011

CIKGU AKAN BEKERJA 9 JAM SEHARI .....??


Dikhabarkan sebahagian guru di 4 buah negeri akan bekerja 9 jam sehari iaitu dari pukul 7.30 - 4.30 petang. Ini adalah sebagai percubaan selama 6 bulan. Khabarnya banyak guru2 yang terlibat telah rasa gundah gulana. 

Ini adalah sesuatu yang bagus untuk cikgu2. Kerja waktu ikut waktu pejabat seperti penjawat awam yang lain sebenarnya lebih meringankan beban guru. Cikgu akan mempunyai masa rehat yang lebih berbanding sekarang :

1. Kerja2 menanda/menyemak kerja2 dan buku latihan murid yang tidak siap pada hari tersebut akan disambung keesokkan harinya. Tak perlu bawa balik ke rumah kerana waktu kerja hanya sampai pukul 4.30 petang sahaja.

2. Selepas waktu kerja iaitu 4.30 petang cikgu boleh beriadah, minum2 teh atau window2 shopping dan sebelah malam boleh menonton bersama anak2.

3. Waktu kokurikulum dilaksanakan pada waktu bekerja sahaja sama ada pagi atau selepas jam 2.30 petang hingga 4.30 petang.

4. Hari Sabtu dan Ahad cikgu2 boleh pergi picnic. shopping di SOGO, MID VALLEY, LOW YAT dan lain2 tempat sebab cikgu tidak perlu lagi adakah kelas2 tambahan pada hari sabtu atau Ahad kerana hari tersebut adalah hari cuti.

5. Cikgu2 berpeluang menikmati OT jika pihak sekolah ingin mengadakan aktiviti perkhemahan kerana aktiviti tersebut biasanya dilakukan di luar waktu bekerja.

6. Cikgu2 boleh buat part time dengan menjadi guru tuisyen pada waktu malam di pusat2 tuisyen ataupun boleh buat tuisyen berbayar pada hari Sabtu. Zaman sekarang tidak ada perkara yang percuma. Nak kencing pun kena bayar 30 sen.

7. Menjimatkan perbelanjaan seperti minyak kereta. Ini adalah kerana cikgu hanya akan menggunakan kereta hanya pergi sebelah pagi dan balik sebelah petang. Sebelum ini cikgu2 akan berulang alik ke sekolah 2 kali sehari. Duit lebih tersebut boleh digunakan untuk menampung kos penjagaan anak.

Ini adalah sebahagian kebaikkan yang akan cikgu2 perolehi. Tugas cikgu hanya mengajar mengikut silibus dan waktu bekerja 9 jam sehari seperti penjawat awam yang lain.

Penjawat2 awam yang lain janganlah merungut atau komplen mengenai anak2 mereka tidak ada kelas2 tambahan, latihan/kerja rumah yang sedikit, kem2 motivasi, aktiviti kokurikulum seperti perkhemahan dan lain2 yang dilakukan di luar waktu bekerja.

Penjawat2 awam yang lain sebenarnya akan menikmati tambahan kebaikkan akibat daripada cikgu bekerja ikut waktu pejabat iaitu 

1. Tidak perlu keluar pejabat untuk ambil anak di sekolah dan menghantar ke rumah pengasuh atau pusat jagaan anak2.

2. Anak2 akan dijaga oleh cikgu2 dari pukul 7.30 pagi hingga 4.30 petang.

3. Perbelanjaan minyak kereta dapat dijimatkan kerana hanya menggunakan kenderaan pada sebelah pagi (hantar anak ke sekolah dan terus ke pejabat) dan sebelah petang (keluar pejabat dan terus ambil anak di sekolah).

4. Hari Sabtu dan Ahad boleh digunakan untuk shopping, melancong atau ke mana2 sahaja kerana tidak perlu menghantar anak2 ke sekolah untuk hadiri kelas2 tambahan atau aktiviti kokurikulum. 

Cikgu2 ...... janganlah rasa gundah atau sedih kerana di sebalik itu ada kebaikkannya. Itu pun kalau tak dipaksa itu dan ini. 

Kerajaan terutama KPM perlu adil kepada semua cikgu2 yang akan bekerja mengikut waktu pejabat dan segala yang dinikmati oleh penjawat awam yang lain juga perlu diberikan kepada cikgu2 seperti bayaran OT, kerja2 hanya dilakukan pada waktu pejabat sahaja iaitu dari jam 7.30 hingga 4.30 petang, tidak mengganggu cikgu2 yang melakukan part time sebagai cikgu pusat tusyen atau pun dipaksa hadir pada hari Sabtu untuk buat kelas tambahan.

Entah la .......
[ ... ]

Sunday, 6 November 2011

Selamat Hari Raya Aidil-Adha


Seluruh anggota Jerantut Daily
mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil-Adha
kepada sahabat andai muslimim dan muslimat
semoga kita beroleh
rahmat dari Allah
[ ... ]

Saturday, 5 November 2011

'BINI TUMPANG'



Kerana mengejar kemewahan ada wanita yang sanggup mengadai maruahnya dengan berbagai cara. Demikianlah cabaran kehidupan di kota-kota besar. Mari kita berkongsi meklumat yang diambil dari Marian Metro dibawah ini;

JOHOR BAHRU: Kemaruk ingin hidup mewah menyebabkan segelintir wanita tempatan menggadai maruah melalui ‘pakej abang Singapura’ ditawarkan pelancong lelaki negara berkenaan yang bersedia memenuhi apa saja permintaan ‘gundik’ mereka termasuk menyediakan rumah dan kereta selain elaun ribuan ringgit setiap bulan.

Kewujudan pakej maksiat itu didedahkan bekas kerani dikenali sebagai Rita, 28, hasil pengalamannya mendapatkan wang secara mudah dengan menjadi teman termasuk menyerahkan tubuh kepada lelaki hidung belang dari republik berkenaan setiap kali mereka berkunjung ke sini, terutama pada hujung minggu. 


Rita mendakwa pembabitannya dalam kegiatan itu bermula daripada perkenalan dengan seorang lelaki dari Singapura menerusi laman web sosial yang dikenali sebagai Sam yang juga kontraktor.

Menurutnya, pada awalnya dia menganggap Sam rakan biasa, namun hubungan mereka semakin rapat hingga pada satu hari lelaki itu menawarkan pakej untuk dia memperoleh wang dengan mudah dan hidup mewah.



“Sam yang sudah berkeluarga menyatakan dia mencari teman kerana kesunyian setiap kali berurusan di bandar raya ini pada setiap hujung minggu
~ myMetro
[ ... ]

Thursday, 3 November 2011

AMARAN BANJIR BURUK DI PAHANG






Penduduk disekitar Jerantut diingatkan bahawa kemungkinan banjir lebih buruk akan berlaku dalam waktu terdekat. Oleh yang demikian persedian tertentu perlukah diberikan perhatian oleh semua pihak. Amaran banjir berkenaan dimaklumkan seperti dibawah ini oleh media arus perdana.

KUANTAN 1 Nov — Pahang kini bersiap sedia menghadapi bencana banjir yang dijangka lebih buruk berbanding tahun lepas berdasarkan musim tengkujuh yang dijangka melanda bermula bulan ini hingga Mac tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana dan Bantuan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata Pahang diramal dilanda bencana itu bulan depan hingga Januari depan di mana air pasang besar akan berlaku pada 24 hingga 27 Dis ini.

Justeru itu, katanya kerajaan negeri telah mengenal pasti 586 buah pusat pemindahan yang mampu menampung kira-kira 127,000 mangsa jika berlaku banjir.

Selain itu, bekalan makanan juga akan dihantar bermula 10 Nov ini ke 105 buah pangkalan hadapan yang diwujudkan bagi menampung keperluan mangsa banjir yang terputus hubungan, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata daerah yang dijangka dilanda banjir lebih teruk berbanding tahun lepas adalah Kuantan, Pekan dan Rompin.

Beliau turut menasihatkan mana-mana badan bukan kerajaan atau swasta yang ingin menghulurkan bantuan supaya menyalurkannya secara terus kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Utusan Malaysia
[ ... ]

PENGAMAL MEDIA SOSIAL SEPATUTNYA BUKANLAH PEMFITNAH, PEMAKI DAN SI GILA SEKS

 Gambar hiasan dari blog Pemikir Politik Jerantut


Media sosial meledak bagaikan satu revolusi dan memang sukar dikawal. Tidak ada kerajaan yang mampu mengawalnya dan menghalang rakyat dari memanafaatkan jalinan media sosial yang sedia ada. Demikianlah, kita tidak akan dapat menyekat dari sesiapa untuk menulis diblog, facebook dan twitter. Media Sosial atau Media Baru adalah rangkain jalinan komunikasi zaman ini.

Kerajaan sedar, kegagalan meramal impak dari jalinan media sosial ini telahpun menghukum keranaan dapam PRU12 lalu. Justeru, kini kerajaan dan UMNO khususnya berusaha untuk bersama-sama rakyat dalam arus itu. Telah banyak progran-program yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk memantau dan menentukan halatuju kelompok-kelompok dalam jalinan media sosial berkenaan supaya selaras dengan kehendak dan citarasa kerajaan.

Pengamal media sosial juga mesti ditertibkan. Memang tidak ada sebarang peraturan khusus dalam menulis di media sosial ini. Kerana itulah kita lihat sebilangan besar tulisan-tulisannya lebih banyak mendatangkan kemusnahan kepada moral masyarakat sendiri. Sama ada tulisan-tulisan itu berbau fitnah, lucah serta kata-kata kurang sopan.

Memang kita tidak mampu menyekat pengamal media sosial ini dari menulis yang menjurus kepada arah keburukan tetapi kita mampu mengajar dan mendisplinkan mereka supaya mampu membawa kearah kebaikan. Saya mengibaratkan pengamal media sosial ini bagaikan rakyat yang sedang menghadapi revolusi, mereka bersemangat untuk berjuang, menentang sesuatu yang mereka sendiri sebenarnya masih belum tahu. Kerana itulah, mereka yang bersenjata menembak kesana kemari tanpa sasaran sebenar sehingga mengakibatkan kerosakan dan kemusnahan yang tidak sepatutnya.

Kerana itulah, kerajaan melalui pemimpinnya mesti berani hadir dalam kalangan pengamal media sosial ini  untuk menjadi wiranya yang memberikan arahan dan menentukan halatujunya. Menentukan siapakan musuh dan siapakan sahabat supaya segalanya dapat dikawal dan tidak bercelaru.

Pengamal medis sosial ini juga mesti diajari dan displinkan supaya tulisannya bukanlah hanya merupakan sampah-sarap yangpenuh dengan fitnah dan caci-maki serta kelucahan dan cerita seks semata-mata. Mungkin membaca tulisan sahabat blogger kita [disini]  boleh memberikan kita sedikit keinsafan.




[ ... ]

Wednesday, 2 November 2011

MEDIA SOSIAL JERANTUT

 Sdr. Mustaffar Mat Arof, pemacu media sosial Jerantut
 
 
Pertemuan demi pertemuan telah diadakan bagi menganjak Media Sosial Jerantut. Pengerusi Media Baru UMNO Bahagian Jerantut telah mengambil inisiatifnya dengan mengadakan pertemuan-pertemuan berkenaan. Pada 16hb Oktober seramai 10 orang yang hadir diikuti oleh pertemuan kedua pada 26hb Oktober yang dihadiri oleh seramai 60 orang pengamal media sosial.

Berikut dengan itu, satu mesyuarat susulan telah diadakan bagi menyusun organsasi yang akan menentukan halatuju serta memantau Media Sosial diperingkat daerah Jerantut. Sebuah jawatankuasa telah dibentuk bagi tujuan berkenaan.

Antara ketetapan yang telah dibuat adalah; mendaftar sebuah kelab dengan nama 'Media Sosial Komuniti Jerantut', berusaha untuk mendapatkan sebuah bangunan atau ruangan untuk beroperasi yang akan dijadikan sebagai pusat kegiatan media sosial terutama oleh anak-anak muda, membina laman blog komuniti dengan nama 'Jerantut Daily', membina laman Facebook dan Twitter juga dengan nama 'Jerantut Daily'

Jaringan media sosial itu diharapkan akan jadi sebagai rujukan serta laman pertemuan dan pertukaran pendapat serta maklumat dikalangan penggiat media sosial setempat. Bagaimanapun ianya bukanlah suatu usaha yang mudah terutama apabila kita memulakannya agak lewat, namun inilah cabaran kepada para 'pemain utama' yang diberikan tanggungjawab berkenaan.

Dalam pertemuan pada 26hb Oktober lalu,ramai penggiat media sosial Jerantut yang ternama hadir termasuklah mereka yang berada diluar Jerantut. Antaranya adalah Sri Tri Buana, WZWH, Laksamana Jebat, P81, Aheri, Aminuddin Mohammed dan lain-lain lagi. Itu memeriahkan lagi suasana perjumpaan pada hari berkenaan. Adalah menjadi impian dan perancangan untuk menghimpukan semua pengiat media sosial di Jerantut ini dalam skala yang lebih besar lagi suatu hari nanti.



 Dato' Lau Lee, ADUN Damak menyampaikan ucapan

 Sdr Mustaffar menyampaikan cenderamata kepada Dato' Lau

 En. Zulkarmi SUB menerima cenderamata

Blogger Sri Tri Buana memberikan.......
penerangan
WZWH blogger yang mewarna-warnikan media sosial Jerantut
[ ... ]

Tuesday, 1 November 2011

KONVENSYEN MEDIA SOSIAL 1 MALAYSIA


KONVENSYEN MEDIA SOSIAL 1 MALAYSIA
Masa: 8.30 pagi  hingga  4.00 petang
Tarikh: 20hb. November, 2011
Tempat: Dewan Tun Razak 4,
PWTC, Kuala Lumpur


 Satu program yang dinamakan 'Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia' akan diadakah sehari pada 20hb. November, 2011 bermula jam 8.30 pagi bertempat di PWTC.

Program ini adalah anjuran bersama beberapa badan bebas (NGO) yang aktif sebagai pengamal media sosial antaranya; MyKMU.Net, 1 Agenda, PahangKu dan lain-lain.

Tujuannya adalah untuk menggabungkan kesemua pengamal media sosial  negara dibawah satu pertubuhan kelab yang akan dilancarkan pada hari berkenaan oleh Perdana Menteri dengan nama 'Sukarelawan Media Sosial 1 Malaysia' singkatannya 'myVO1CE'
Konvensyen ini mensasarkan sejumlah 1000 orang peserta yang terus akan menjadi ahlinya pada hari berkenaan. Peserta akan dibekalkan T-Shirt berkolar serta sebuah bag galas. Makan minum semasa konvesyen disediakan.

Cabutan nombor bertuah menyediakan sejumlah hadiah-hadiah berupa; I-Pad, I-Phone, Blackberry Bold 4 dan lain-lain lagi, semuanya adalah hasil sumbangan beberapa buah syarikat yang menyokong usaha ini.

Antara tokoh dan selebriti yang dijangka hadir adalah;  Sayed Munawar Sayed Mustar, Prof. Madya Dr. Sivamurugan Pandian, Sdr. Tony Yew, Sdr. Norizan Shariff,  Sdr. Azri Nizam, Sdr. Sassi The Don, Sdri. Azma Dahari, Sdri. Lisa Surihani.

Penyertaan dari Pahang khususnya Jerantut serta inginkan maklumat lanjut sila hubungi kami dengan menghantar maklumat; Nama Penuh, Nombor KP, Nama Blog, Facebook atau Twitter, Nombor Fon, Saiz Baju T-Berkolar ke email: jerantutdaily @ gmail.com   atau  sms ke 019-9657388 

Tempat terhad dan berdasarkan siapa cepat dia dapat, harap maklum!

[ ... ]

Monday, 31 October 2011

JERANTUT DAILY


 
Selamat Datang ke Jerantut Daily
portal blog bagi 
Media Sosial Komuniti Jerantut
[ ... ]

test - HIMPUNAN PENULIS MAYA




1. Pada 14 -16hb Oktober lalu satu program yang dinamakan 'Himpunan Penulis Maya Negara' telah diadakan disebuah hotel di Kuala Lumpur. Program selama 2 hari itu bertujuan untuk memberikan semangat serta anjakan kepada para pengamal media sosial pro kerajaan. Seramai kira-kira 300 peserta dari seluruh negara telah hadir. Program dianjurkan bersama oleh Kelab sahabat Bina Negara dan MyKmu.Net.
Beberapa sesi forum telah diadakan dengan disertai beberapa tokoh terkenal negara antaranya adalah; Dato' Mohd Sharkar Shamsuddin, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Sains, Teknologi dan Inovatif Negeri Pahang, Datuk Raja Arif Raja Ali, Ketua Pengarah BTN, En. Nasrun Adli, Pengarah Siasah dan Pengurusan Isu Jasa, serta Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee, Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia yang bertindak sebagai moderator dalam sesi berkenaan.
Selain mereka, YB Datuk Hj. Ahmad Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Setiausaha Agung UMNO Malaysia serta beberapa lagi yang membantu memberikan ceramah dan penerangan mengenai isu-isu semasa dalam sesi-sesi yang lain. Kemuncak kepada semua itu, Perdana Menteri Malaysia DS Najib juga hadir dan menggamatkan dewan dengan kata-kata semangatnya, menghidupkan dan menyemarakkan semangat peserta program dan memberikan anjakan dalam  'Merekayasakan Penulis Maya Negara'.
Sesi forum sentiasa hangat dengan soal jawab yang berlaku dengan telus dan jujur. Suara protes dan tidak puas hati para penulis maya diluahkan dan menerima jawapan yang pasti. Segalanya adalah berpaksikan kepada transformasi, perubahan didalam UMNO dan perubahan kepada pemimpin itu sendiri. Hakikatnya, para pemimpin sudah mula berubah walaupun dalam pergerakan yang masih perlahan.
Para penulis maya akan berdiri teguh dibelakang PM dalam melaksanakan transformasi yang dirancangkan dan akan terus memberikan sokongan kepada kerajaan dalam menghadapi PRU akan datang. Kami dapat merasakana bahawa suara kami telah didengari dan diberikan perhatian yang wajar. Dalam menghadapai cabaran mendatang, pemimpin perlu berubah, atau rakyat akan mengubah kepimpinan jika mereka terus gagal berubah serta mengambil sikap tidak cakna terhadap suara rakyat.
[ ... ]

Popular posts

 

©2009 JERANTUT DAILY | by TNB