Monday 28 November 2011

JERANTUT MAJU TAHUN 2050......???


Bagaimana agaknya bandar Jerantut pada tahun 2050? Mungkinkah Jerantut akan menjadi salah satu antara bandar termaju dan termoden? Kalau melihat suasana pada hari ini dengan bercakaran sesama sendiri, tuduh menuduh sesama sendiri, berebut jawatan, projek dan kedudukan dan fitnah memfitnah sampai kiamat pun beginilah suasana bandar atau daerah Jerantut.

Ilustrasi penulis sahaja
Berapa banyak aset orang Melayu di bandar Jerantut. Wisma Aliah mungkin satu-satunya milik Melayu. Di khabarkan Jerantut mempunyai ramai 'jutawan' atau orang kaya. Tapi apakah sumbangan mereka untuk memajukan orang-orang Melayu yang bekerja siang malam mencari sesuap nasi dengan menyewa premis bukan Melayu. 5 - 6 tahun berniaga mereka akan jatuh bangkrap kerana tidak mampu membayar sewa kedai.

Bandar Jerantut semakin membesar. Daripada bandar lama kepada bandar baru. Yang terkini wujud pula bandar Inderapura. Pasaraya terus bertambah. Pasaraya milik Melayu lingkup dalam masa tak sampai setahun beroperasi. Tanah-tanah milik pihak berkuasa tempatan bertukar tangan dan aset bukan Melayu terus pesat membiak. Melayu terus terpinggir. Yang kaya bertambah kaya dan yang miskin terus melata.

Ke mana perginya pejuang-pejuang bangsa yang berdegar-degar bila berucap seperti nak meletup speaker. Sana sini bertempik perjuangan Melayu, pertahankan Melayu, pertahankan kuasa Melayu dan bela nasib Melayu. Tapi siapa yang bela siapa. Yang jelas adalah mereka-mereka yang berdegar-degar ini hanya membela diri sendiri. Kaya sendiri, mewah sendiri dan kenyang sendiri. 

Ilustrasi penulis sahaja

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

©2009 JERANTUT DAILY | by TNB